"Rumah Rehat Adeline nie aku tengok memang unik kerana setiap rumah yang di bina berbeza antara satu sama lain. Selain itu juga rumah tersebut di bina dengan menggunakan kayu, buluh, dan daun. Sememangnya ia rumah orang asli. Selain keunikan rumah tersebut berbanding rumah rehat yang lain, masakannya. Memang sedap, mungkin sebab memang sedap atau persekitaran Rumah Rehat Adeline yang mempengaruhi selera aku.
Terletak di bukit, kawasan ini memang memberi suasana kampung yang mana malamnya dingin. Laluan ke Rumah Rehat Adeline juga boleh digunakan untuk ke Cameron Highland. Rumah Rehat Adeline ada lagi kelainan dari pesaing yang berhampiran dimana kawasannya mengalir sungai dan sungai ini di manafaatkan oleh Adeline untuk menjadi sound effect utama dengan membina rumah rehat di atas dan bersebelahan sungai kecil tersebut."
|